Showing posts with label CMC 2013. Show all posts
Showing posts with label CMC 2013. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Extra Mini Coklat Moist

Alhamdulillah. Restock coklat moist di Medan Gopeng. Memikirkan mungkin ada yang tidak mampu untuk membeli Mini Coklat Moist yang berharga RM7, saya buatkan pula Extra Mini Coklat Moist yang berharga RM2 sahaja.

Sekurang-kurangnya mereka yang kurang berkemampuan juga berpeluang menikmati keenakan Coklat Moist kami. :)

Untuk minggu ini saya hentikan seketika pengeluaran kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah Isnin minggu depan (1-7-2013), saya akan restock kek idaman ramai ini. Nantikannya. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kek Pertunangan - TQVM Meor

Alhamdulillah. Tempahan dari Meor untuk majlis pertunangan adiknya. Yang ini kek coklat moist 1kg.  Design sangat simple, basic as requested.

Terima kasih kerana mempercayai Ecahabu Homemade Dessert :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 4, 2013

Mini Red Velvet dan Coklat Moist

Tempahan daripada Tasnim Suzuki.
3 bekas red velvet 2 layer (atas permintaan),
3 bekas coklat moist
3 set (6 pcs) coklat moist cupcake
Terima kasih Tasnim!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 13, 2013

Tempahan Hot Item lagi, Red Velvet dan Coklat Moist.

Red Velvet 12 bekas dan 2 cawan, Coklat Moist 3 bekas. Semuanya telah selamat dipos ke Kedah, Pahang, Johor, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Kelantan, dan Melaka.

Alhamdulillah.

Terima kasih semua. Semoga anda dapat merasai kasih sayang di dalam dessert-dessert saya :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Choc Moist 1kg. Terima kasih Kak Wahidah :)

Pelanggan minta saya buatkan kek coklat moist 1kg dalam bekas. Senang nak makan katanya. Bolehhh. Nak saya buat macamana bagitahu aje. Mana yg saya boleh buat, saya buat insyaAllah.

Terima kasih akak ye. Lainkali boleh order lagi :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 15, 2013

Cupcake untuk Sara

Feedback dari Sara,
" Salam kak,tq sgt2 ayah sara pun suka.sedap giler la!"

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Saya bersyukur sangat-sangat kerana setakat ini feedback yang saya dapat hampir kesemuanya positif.

Semua orang mempunyai selera yang berbeza. Jadi, walau sesedap mana pun sesuatu makanan, walau sehebat mana pun resepi yang kita guna dan olah, kalau tak kena dengan selera orang tetap juga orang takkan suka. Betul tak?

Sebab itu lah saya rasa sangat-sangat bersyukur bila choc moist saya hampir menepati citarasa semua orang :)

"Maka nikmat Allah yang manakah yang mahu kamu dustakan?"

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 13, 2013

Choc Moist + Creamcheese



Pernah makan choc moist bersama dengan topping creamcheese??
Saya pertama kali mencuba. Memang sedap! 
Harus cuba tahu? Terutamanya bagi penggemar-penggemar cheese.

Cepat SMS saya laju-laju. 
Pelanggan pertama akan dapat diskaun daripada saya. ^_^

Order dari Kedah - Ibu mengidam :)



Hari ini pos 20 biji choc moist ke Kedah pula. Ibu mengandung mengidam nak makan katanya. Apa nak dikata, tengok gambar saja pun dah tahu betapa moistnya kek ni. Sanggup bayar kos pos yang agak mahal semata-mata nak makan kek yang super sedap ni!

Alhamdulillah. Saya sebenarnya gembira sangat-sangat bila dapat tunaikan hajat orang. Dan saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah hadiahkan saya customer-customer yang sanggup order dari jauh kerana percaya pada produk saya. Syukur alhamdulillah :)

Jangan tak tahu, ChocMoist saya dah pernah dihantar ke Pahang, Penang, Kuala Lumpur, Kedah, dan Johor!

Anda bila lagi??

Friday, April 12, 2013

ChocMoist Cupcake - TQVM Farhah!




Tempahan 20 biji choc moist cupcake daripada Farhah Hazirah. Ini merupakan salah seorang pelanggan tetap saya. Telah beberapa kali membuat tempahan, termasuk untuk jamuan kelab. 

Alhamdulillah, bukti choc moist saya berjaya memikat seleranya. 
Terima kasih Farhah!
Terima kasih Allah!

*Sebahagian cupcake lagi adalah untuk jualan di Afix Enterprise - kedai menjual pakaian sekolah dan seragam kokurikulum di Medan Gopeng, Ipoh (sederet dengan Tabung Haji lama dan Pejabat Pos, bersebelahan dengan Kedai Bunga dan Avon)

So kepada sesiapa yang ada di Ipoh, kalau nak mencuba, nak rasa cupcake saya bolehlah beli di sana ya!



Tempahan untuk makan-makan from UMAR & IMAN



Mereka pelanggan yang hebat. Gembira berurusan dengan mereka. 
Terima kasih Umar dan Iman. Moga Allah murahkan, gandakan rezeki kalian berdua, berganda-ganda lagi!

Tempahan untuk makan-makan sahaja.
Choc Moist 1kg.
Simple deco.

**Tangan ketar lah pulak masa nak tulis! 


Selamat Pengantin Baru YUSUF & ATHIRAH



Tempahan dari kakak pengantin.
Kenduri sambut menantu di rumah pengantin lelaki pada 30-3-13.
Alhamdulillah, TAHNIAH!

Semoga cinta pasangan mempelai berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Dan dikurniakan permata hati yang soleh dan solehah.

Feedback dari mereka,
"Sedap sangat, semuanya cukup rasa...Manis, lembut, terasa moistnya..Ummphh..."

ALHAMDULILLAH.



Thursday, April 11, 2013

Kek comel :)

Kek saiz comel untuk adik yang merajuk. Kek macam ni juga sesuai dibuat doorgift untuk tetamu istimewa. Harga bergantung kepada deco.

Hubungi saya jika berminat.
Saya juga boleh buat kek mengikut bajet anda. Jadi jangan tunggu lagi. Hubungi saya sekarang!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 10, 2013

Happy Birthday Wafi & Munirah

Choc Moist 1kg untuk birthday adik ipar dan biras.
Alhamdulillah, rezeki banyak atau sedikit, bila dikongsi bersama keluarga insyaAllah nikmatnya lebih terasa.

**Resepi untuk kek 1kg saya ubahsuai sedikit supaya sesuai dengan saiz kek dan memudahkan bila nak potong dan makan. Feedback yang diterima alhamdulillah, sangat baik dan positif :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

CMC untuk pertunangan.

CMC 3/4 kg.
Pertunangan Lan & Iza - 30.3.13
Simple deco sahaja :)

Semoga perhubungan dinaungi rahmat Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Choc Moist Cupcake with topping.

ChocMoist untuk dijamu kepada saudara-mara.
Topping simple sahaja.
Untuk budak-budak saya taburkan love berwarna-warni di atasnya.

**Alhamdulillah dapat feedback positif!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hadiah buat teman

Choc Moist 1kg untuk birthday kawan hubby.
Simple deco with fresh strawberry.
Deco unik hasil cetusan idea hubby :)

Alhamdulillah.
Gembira atas kegembiraan orang lain.
Bahagia atas kebahagiaan orang lain.

Moga Allah redha!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Repeat order :))

Repeat order menunjukkan customer sangat berpuas hati dengan produk saya. Alhamdulillah. Gembira tak terkata tambahan order datang dari jauh nun di Pahang.

Kali pertama order 40 biji cupcake, dihantar menggunakan pos laju. Kali kedua juga 40 biji cupcake, delivered by person.

Terima kasih! :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Happy Birthday Hubby :))

Pertama kali cuba deco kek.

Choc Moist 1kg.
Simple deco.

Ok. Belajar untuk deco lebih cantik.
InsyaAllah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tempahan dari Terengganu

Tempahan dari jauh. Dihantar menggunakan pos laju. Alhamdulillah, gembira dapat menunaikan hajat seorang sahabat.

**Khidmat mengepos cupcake ini saya buat HANYA JIKA pelanggan saya sanggup untuk membayar kos pengeposan, sebab kosnya adalah sangat tinggi. Bergantung kepada berat. TAPI ada risikonya :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tempahan 200 biji ChocMoist Cupcake

Tempahan untuk kenduri kahwin 3/3/2013.
Untuk diagihkan kepada saudara-mara sahaja.
Feedback yang saya dapat semuanya positif!

Alhamdulillah...

"Maka nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan?"

Published with Blogger-droid v2.0.10