Showing posts with label Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Cupcake. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Cupcake untuk Sara

Feedback dari Sara,
" Salam kak,tq sgt2 ayah sara pun suka.sedap giler la!"

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Saya bersyukur sangat-sangat kerana setakat ini feedback yang saya dapat hampir kesemuanya positif.

Semua orang mempunyai selera yang berbeza. Jadi, walau sesedap mana pun sesuatu makanan, walau sehebat mana pun resepi yang kita guna dan olah, kalau tak kena dengan selera orang tetap juga orang takkan suka. Betul tak?

Sebab itu lah saya rasa sangat-sangat bersyukur bila choc moist saya hampir menepati citarasa semua orang :)

"Maka nikmat Allah yang manakah yang mahu kamu dustakan?"

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 13, 2013

Order dari Kedah - Ibu mengidam :)



Hari ini pos 20 biji choc moist ke Kedah pula. Ibu mengandung mengidam nak makan katanya. Apa nak dikata, tengok gambar saja pun dah tahu betapa moistnya kek ni. Sanggup bayar kos pos yang agak mahal semata-mata nak makan kek yang super sedap ni!

Alhamdulillah. Saya sebenarnya gembira sangat-sangat bila dapat tunaikan hajat orang. Dan saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah hadiahkan saya customer-customer yang sanggup order dari jauh kerana percaya pada produk saya. Syukur alhamdulillah :)

Jangan tak tahu, ChocMoist saya dah pernah dihantar ke Pahang, Penang, Kuala Lumpur, Kedah, dan Johor!

Anda bila lagi??

Friday, April 12, 2013

ChocMoist Cupcake - TQVM Farhah!




Tempahan 20 biji choc moist cupcake daripada Farhah Hazirah. Ini merupakan salah seorang pelanggan tetap saya. Telah beberapa kali membuat tempahan, termasuk untuk jamuan kelab. 

Alhamdulillah, bukti choc moist saya berjaya memikat seleranya. 
Terima kasih Farhah!
Terima kasih Allah!

*Sebahagian cupcake lagi adalah untuk jualan di Afix Enterprise - kedai menjual pakaian sekolah dan seragam kokurikulum di Medan Gopeng, Ipoh (sederet dengan Tabung Haji lama dan Pejabat Pos, bersebelahan dengan Kedai Bunga dan Avon)

So kepada sesiapa yang ada di Ipoh, kalau nak mencuba, nak rasa cupcake saya bolehlah beli di sana ya!