Monday, May 13, 2013

Tempahan Hot Item lagi, Red Velvet dan Coklat Moist.

Red Velvet 12 bekas dan 2 cawan, Coklat Moist 3 bekas. Semuanya telah selamat dipos ke Kedah, Pahang, Johor, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Kelantan, dan Melaka.

Alhamdulillah.

Terima kasih semua. Semoga anda dapat merasai kasih sayang di dalam dessert-dessert saya :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tempahan sempena balik mengundi

Sempat lagi. Sambil menyelam minum air.hehe. Saya tak buka order sebenarnya. Tapi ramai yg tanya-tanya saya mengundi kat mana, terpaksa lah bagitahu. Bila tahu saya balik mengundi di Pahang masing-masing pakat orderlah. Cuma saya hadkan untuk order red velvet dan trifle sahaja. Takut tak sempat nak kejar.

Jadi, terhasillah red velvet 6 bekas dan 15 cawan, puding trifle 3 bekas. Syukur alhamdulillah.

Maka nikmat Allah yg mana satu yg mahu kamu dustakan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Order dari orang Pahang

Lama dah kan. Lupa nak upload. Ni semua tempahan daripada orang Pahang haritu. Dadih paling banyak. Pavlova sebiji besar 800g+-. Saya bawak balik kosong. Sampai sana baru pipekan krim kat atasnya dan tabur buah.

Selain tu ada juga red velvet dalam cawan, dan puding trifle. Gambar trifle takde. Lupa sangat-sangat nak ambil sebab kelam kabut. Satu lagi, coklat moist. Produk pertama saya. :)

Terima kasih semua!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Choc Moist 1kg. Terima kasih Kak Wahidah :)

Pelanggan minta saya buatkan kek coklat moist 1kg dalam bekas. Senang nak makan katanya. Bolehhh. Nak saya buat macamana bagitahu aje. Mana yg saya boleh buat, saya buat insyaAllah.

Terima kasih akak ye. Lainkali boleh order lagi :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Red Velvet lagi...

Permintaan red velvet sekarang bagaikan pisang goreng panas. Ramai sungguh peminat red velvet ye. Mana taknya, saya yang hari hari dok buat ni pun tak jemu memakannya. Kadang bila dah habis mula lah teringat-ingat.

MODE: Masih mencari bekas yg paling sesuai utk mengepos red velvet. Kalau boleh nak guna bekas yg muat-muat je keknya. Jadi bila kek sampai ke tangan pelanggan kek masih cantik. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Red Velvet hadiah untuk pemenang cabutan bertuah :)

Alhamdulillah. Tahniah kepada pemenang contest Ecahabu Homemade Dessert yang dibuat di facebook, Ummu Thoreeq. Dessert yang dimenangi ialah sebekas red velvet.

Nantikan contest seterusnya daripada saya! :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 2, 2013

Order from Kedah


Tempahan 5 cawan red velvet dari kawan lama yang kini menetap di Kedah :)

**Tempahan utk red velvet dalam cawan sebenarnya dah ditetapkan minimum order 10 cawan. Tapi utk masa-masa tertentu saya boleh pertimbangkan permintaan dari customer utk order kurang dari 10 cawan. Contohnya pada masa itu, ada orang lain yang juga nakkan item ini dalam kuantiti yang sedikit.

**TAWARAN HEBAT UTK CUSTOMER HEBAT!
Kumpul tempahan dari rakan-rakan, saudara-mara, atau sesiapa sahaja, 15 pcs Red Velvet In Cup, anda akan dapat percuma 1 cawan red velvet FULL CUP.