Wednesday, June 26, 2013

Extra Mini Coklat Moist

Alhamdulillah. Restock coklat moist di Medan Gopeng. Memikirkan mungkin ada yang tidak mampu untuk membeli Mini Coklat Moist yang berharga RM7, saya buatkan pula Extra Mini Coklat Moist yang berharga RM2 sahaja.

Sekurang-kurangnya mereka yang kurang berkemampuan juga berpeluang menikmati keenakan Coklat Moist kami. :)

Untuk minggu ini saya hentikan seketika pengeluaran kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah Isnin minggu depan (1-7-2013), saya akan restock kek idaman ramai ini. Nantikannya. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Stok untuk jualan di kedai - Medan Gopeng

Kesemua mini coklat moist ini ditempatkan di 2 buah kedai di Medan Gopeng.

1. Permai Koleksi - berselahan dengan Tabung Haji yang kini sudah ditutup. Kedai ini menjual barangan haji dan umrah serta alatan ibadah.

2. Afix Enterprise - berada di antara kedai bunga dan Avon. Berhadapan dengan Afenne Textile. Kedai ini menjual pakaian sekolah dan seragam kokurikulum.

Dapatkan kek coklat moist saiz mini ini dengan harga RM7 sebekas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kek Pertunangan - TQVM Meor

Alhamdulillah. Tempahan dari Meor untuk majlis pertunangan adiknya. Yang ini kek coklat moist 1kg.  Design sangat simple, basic as requested.

Terima kasih kerana mempercayai Ecahabu Homemade Dessert :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 4, 2013

Chocolate Cheese Blueberry

Gabungan kek coklat moist dengan cream cheese + mascarpone + blueberry filling. Rasanya sangatlah YUMMY.

Jangan percaya cakap saya selagi anda belum cuba. Serious.

Ada juga orang yang tak suka cheese boleh makan dessert ni sebab rasa cheese ditenggelamkan oleh keenakan rasa blueberry.

Yang suka cheese...dessert ni memang TERBAIKKK. Korang sendiri tahu kan macamana sedapnya mascarpone.
*meleleh air liur terbayang bayang*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mini Red Velvet dan Coklat Moist

Tempahan daripada Tasnim Suzuki.
3 bekas red velvet 2 layer (atas permintaan),
3 bekas coklat moist
3 set (6 pcs) coklat moist cupcake
Terima kasih Tasnim!

Published with Blogger-droid v2.0.10