Wednesday, April 24, 2013

Sambutan yang amat menggalakkan

Alhamdulillah, tempahan yang saya buka utk orang-orang Pahang tempoh hari mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ada juga yang bertanya sebab ingatkan saya memang tinggal di Temerloh.

Saya minta maaf ya. Sebenarnya saya tinggal di Ipoh. Tempahan dibuka haritu hanyalah utk mencuba, nak tengok produk saya mendapat sambutan atau tidak. Syukur alhamdulillah sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan.

Mula-mula saya anggarkan tempahan yg diterima mungkin tak sampai 1 ice box. Rupa-rupanya tidak. 3 ice box saya kena bawak balik! Sampai tak muat kereta! Terpaksa balik tumpang avanza adik ipar. Kereta kami kembara, kecil, memang tak muatlah.

3 ice box tu dipenuhi oleh 120 pcs dadih, 12 pcs trifle, 6 pcs red velvet in cup, 56 pcs choc moist cupcake, 2 pcs red velvet big size, 1 pcs pavlova 800g++.

Alhamdulillah respon yang diterima sangat-sangat positif! Terima kasih banyak ya semua yang order. Kalau ada kekurangan, nak bagi komen negatif, sila SMS saya di talian 012-5178544. Komen negatif pun penting juga. Untuk saya baik pulih produk supaya dessert yang terhasil nanti lebih terbaikk!

Sekian. Salam sayang untuk semua peminat dessert <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 15, 2013

Cupcake untuk Sara

Feedback dari Sara,
" Salam kak,tq sgt2 ayah sara pun suka.sedap giler la!"

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Saya bersyukur sangat-sangat kerana setakat ini feedback yang saya dapat hampir kesemuanya positif.

Semua orang mempunyai selera yang berbeza. Jadi, walau sesedap mana pun sesuatu makanan, walau sehebat mana pun resepi yang kita guna dan olah, kalau tak kena dengan selera orang tetap juga orang takkan suka. Betul tak?

Sebab itu lah saya rasa sangat-sangat bersyukur bila choc moist saya hampir menepati citarasa semua orang :)

"Maka nikmat Allah yang manakah yang mahu kamu dustakan?"

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 13, 2013

Choc Moist + Creamcheese



Pernah makan choc moist bersama dengan topping creamcheese??
Saya pertama kali mencuba. Memang sedap! 
Harus cuba tahu? Terutamanya bagi penggemar-penggemar cheese.

Cepat SMS saya laju-laju. 
Pelanggan pertama akan dapat diskaun daripada saya. ^_^

Order dari Kedah - Ibu mengidam :)



Hari ini pos 20 biji choc moist ke Kedah pula. Ibu mengandung mengidam nak makan katanya. Apa nak dikata, tengok gambar saja pun dah tahu betapa moistnya kek ni. Sanggup bayar kos pos yang agak mahal semata-mata nak makan kek yang super sedap ni!

Alhamdulillah. Saya sebenarnya gembira sangat-sangat bila dapat tunaikan hajat orang. Dan saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah hadiahkan saya customer-customer yang sanggup order dari jauh kerana percaya pada produk saya. Syukur alhamdulillah :)

Jangan tak tahu, ChocMoist saya dah pernah dihantar ke Pahang, Penang, Kuala Lumpur, Kedah, dan Johor!

Anda bila lagi??

Friday, April 12, 2013

TRIFLE - Tempahan dibuka!



Trifle - satu lagi dessert yang tak kurang sedapnya!
Lapisan bawah sekali adalah choc moist yang sangat-sangat moist.
Lapisan kedua pula ialah kastard yang smoothhh aje. Biasa orang buat 1 warna. Sengaja saya buat 2 warna supaya lebih menarik.
Lapisan paling atas pula ialah jelly perisa strawberi. 

Geramm je tengok kan? Bukan nampak sedap.Tapi memang sedap! 
Lapisan jelly yang atas sekali tu kalau nak tukar perisa lain pun boleh. Kot-kot ada yang tak minat perisa strawberi kan. Bagitahu aje nak perisa apa. Saya boleh buat. InsyaAllah.

Siapa nak, angkat handphone! Lepas tu cepat-cepat sms saya. :))



ChocMoist Cupcake - TQVM Farhah!




Tempahan 20 biji choc moist cupcake daripada Farhah Hazirah. Ini merupakan salah seorang pelanggan tetap saya. Telah beberapa kali membuat tempahan, termasuk untuk jamuan kelab. 

Alhamdulillah, bukti choc moist saya berjaya memikat seleranya. 
Terima kasih Farhah!
Terima kasih Allah!

*Sebahagian cupcake lagi adalah untuk jualan di Afix Enterprise - kedai menjual pakaian sekolah dan seragam kokurikulum di Medan Gopeng, Ipoh (sederet dengan Tabung Haji lama dan Pejabat Pos, bersebelahan dengan Kedai Bunga dan Avon)

So kepada sesiapa yang ada di Ipoh, kalau nak mencuba, nak rasa cupcake saya bolehlah beli di sana ya!



Red Velvet - TEMPAHAN DIBUKA!





Red Velvet yang saya buat ni macam RV in jar juga. Cuma saya tak buat dalam jar. Saya buat dalam cawan. Menarik juga kan? Harga pun lebih murah. 

Sesiapa berminat sila SMS saya cepat-cepat.

Nak buat dalam bekas lebih kecil pun boleh. Lagi murah, boleh dapat banyak, lebih ramai lagi yang dapat merasa dessert ni yang tengah HOT sekarang ni!

Saya boleh buat mengikut packaging yang anda mahu.
Saya boleh buat mengikut bajet yang anda mahu.
Caranya mudah sahaja. Cuma hantarkan SMS pada saya. Boleh kita bincang-bincang sampai dua-dua PUAS HATI. ok? :)

*012-5178544*


Tempahan untuk makan-makan from UMAR & IMAN



Mereka pelanggan yang hebat. Gembira berurusan dengan mereka. 
Terima kasih Umar dan Iman. Moga Allah murahkan, gandakan rezeki kalian berdua, berganda-ganda lagi!

Tempahan untuk makan-makan sahaja.
Choc Moist 1kg.
Simple deco.

**Tangan ketar lah pulak masa nak tulis! 


Selamat Pengantin Baru YUSUF & ATHIRAH



Tempahan dari kakak pengantin.
Kenduri sambut menantu di rumah pengantin lelaki pada 30-3-13.
Alhamdulillah, TAHNIAH!

Semoga cinta pasangan mempelai berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Dan dikurniakan permata hati yang soleh dan solehah.

Feedback dari mereka,
"Sedap sangat, semuanya cukup rasa...Manis, lembut, terasa moistnya..Ummphh..."

ALHAMDULILLAH.



Thursday, April 11, 2013

Kek comel :)

Kek saiz comel untuk adik yang merajuk. Kek macam ni juga sesuai dibuat doorgift untuk tetamu istimewa. Harga bergantung kepada deco.

Hubungi saya jika berminat.
Saya juga boleh buat kek mengikut bajet anda. Jadi jangan tunggu lagi. Hubungi saya sekarang!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 10, 2013

Happy Birthday Wafi & Munirah

Choc Moist 1kg untuk birthday adik ipar dan biras.
Alhamdulillah, rezeki banyak atau sedikit, bila dikongsi bersama keluarga insyaAllah nikmatnya lebih terasa.

**Resepi untuk kek 1kg saya ubahsuai sedikit supaya sesuai dengan saiz kek dan memudahkan bila nak potong dan makan. Feedback yang diterima alhamdulillah, sangat baik dan positif :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

CMC untuk pertunangan.

CMC 3/4 kg.
Pertunangan Lan & Iza - 30.3.13
Simple deco sahaja :)

Semoga perhubungan dinaungi rahmat Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Choc Moist Cupcake with topping.

ChocMoist untuk dijamu kepada saudara-mara.
Topping simple sahaja.
Untuk budak-budak saya taburkan love berwarna-warni di atasnya.

**Alhamdulillah dapat feedback positif!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hadiah buat teman

Choc Moist 1kg untuk birthday kawan hubby.
Simple deco with fresh strawberry.
Deco unik hasil cetusan idea hubby :)

Alhamdulillah.
Gembira atas kegembiraan orang lain.
Bahagia atas kebahagiaan orang lain.

Moga Allah redha!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Repeat order :))

Repeat order menunjukkan customer sangat berpuas hati dengan produk saya. Alhamdulillah. Gembira tak terkata tambahan order datang dari jauh nun di Pahang.

Kali pertama order 40 biji cupcake, dihantar menggunakan pos laju. Kali kedua juga 40 biji cupcake, delivered by person.

Terima kasih! :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Happy Birthday Hubby :))

Pertama kali cuba deco kek.

Choc Moist 1kg.
Simple deco.

Ok. Belajar untuk deco lebih cantik.
InsyaAllah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tempahan dari Terengganu

Tempahan dari jauh. Dihantar menggunakan pos laju. Alhamdulillah, gembira dapat menunaikan hajat seorang sahabat.

**Khidmat mengepos cupcake ini saya buat HANYA JIKA pelanggan saya sanggup untuk membayar kos pengeposan, sebab kosnya adalah sangat tinggi. Bergantung kepada berat. TAPI ada risikonya :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tempahan 200 biji ChocMoist Cupcake

Tempahan untuk kenduri kahwin 3/3/2013.
Untuk diagihkan kepada saudara-mara sahaja.
Feedback yang saya dapat semuanya positif!

Alhamdulillah...

"Maka nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan?"

Published with Blogger-droid v2.0.10

Choc Moist yang betul-betul moist...

Sebagai penggemar Choc Moist Cake, insyaAllah saya boleh jamin, inilah Choc Moist yang anda cari-cari selama ini. Rasanya betul-betul moist, membuatkan anda makan hingga menjilat jari walau tanpa topping diatasnya. Cukup moist!

Yang tiada topping pun sudah sampai tahap menjilat jari.. Anda boleh bayangkan bagaimana rasanya jika ditambah pula dengan coklat cair diatasnya? Ditabur pula dengan sedikit coklat rice.. Wallahh... Memang terbaikk!

Kelebihan Choc Moist ini,
Saya membuatnya dengan penuh kasih sayang, seolah-olah saya sendiri yang akan memakannya. Produk yang dibuat dengan penuh kasih sayang insyaAllah, saya jamin hasilnya akan membuatkan kita sangat berpuas hati. Boleh cuba kalau tak percaya :)

Berminat??
Mahu tahu lebih lanjut??
SMS saya di talian 012-5178544 (Aisyah)

KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN SAYA

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cara Order

Anda berminat dengan dessert kami??

Mahu membuat tempahan??

Mudah saja...
Cuma SMS kepada saya di talian 012-5178544.
Bagi details apa yang anda mahukan.
Nak tanya pun boleh. Nak survey-survey dulu pun boleh :))

Pick Up point adalah di Tol Simpang Pulai ATAU Medan Gopeng (kedai pakaian bersebelahan Avon dan Kedai Bunga. Sebaris dengan pejabat pos dan Tabung Haji lama)
**InsyaAllah boleh bincang mana yang lebih mudah.

Published with Blogger-droid v2.0.10