Wednesday, April 24, 2013

Sambutan yang amat menggalakkan

Alhamdulillah, tempahan yang saya buka utk orang-orang Pahang tempoh hari mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ada juga yang bertanya sebab ingatkan saya memang tinggal di Temerloh.

Saya minta maaf ya. Sebenarnya saya tinggal di Ipoh. Tempahan dibuka haritu hanyalah utk mencuba, nak tengok produk saya mendapat sambutan atau tidak. Syukur alhamdulillah sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan.

Mula-mula saya anggarkan tempahan yg diterima mungkin tak sampai 1 ice box. Rupa-rupanya tidak. 3 ice box saya kena bawak balik! Sampai tak muat kereta! Terpaksa balik tumpang avanza adik ipar. Kereta kami kembara, kecil, memang tak muatlah.

3 ice box tu dipenuhi oleh 120 pcs dadih, 12 pcs trifle, 6 pcs red velvet in cup, 56 pcs choc moist cupcake, 2 pcs red velvet big size, 1 pcs pavlova 800g++.

Alhamdulillah respon yang diterima sangat-sangat positif! Terima kasih banyak ya semua yang order. Kalau ada kekurangan, nak bagi komen negatif, sila SMS saya di talian 012-5178544. Komen negatif pun penting juga. Untuk saya baik pulih produk supaya dessert yang terhasil nanti lebih terbaikk!

Sekian. Salam sayang untuk semua peminat dessert <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: