Sunday, March 30, 2014

Red Velvet. Semerah baldu.

image

Fresh from oven.
Merahnyaaa semerah baldu!

image

Dah siap deco.
Red velvet ni dah selamat sampai pun ke negeri Jelapang Padi.

Peringkat awal pembukaan Ecahabu Homemade Dessert, kami buat servis penghantaran kek menggunakan pos laju. Bila kek sampai kepada customer..dah tentu2 lah rupa kek dah tak semenggah. Ada yang siap jadi bebola api. Kek dah bersatu dengan krim.

Tapi syukur alhamdulillah customer kami semuanya tak kisah. Ada yg repeat order berulang-ulang kali. Diorang cakap rupa tak cantik takpe. Yang penting kek kami sedap sangat2.

Dari situ kami dapat grab banyak customer luar pada ipoh dan luar daripada perak. Alhamdulillah!

Sekarang kami dah hentikan servis penghantaran  pos laju itu. Tapiii... kami akan ambil order bila kami secara kebetulannya ada hal di sesuatu tempat luar dari Ipoh. Sambutan setiap kali order dibuka adalah sangat menggalakkan.

Servis ini dibuat sebab kami kesiankan customer2 kami yg duduk jauh. Yg boleh telan air liur je tiap kali kami update gambar di facebook dan instagram. Setakat ini penghantaran terakhir adalah pada hari semalam. Penghantaran ke Sungai Petani, Kedah oleh saudara terdekat.

Yang dah terlepas trip2 penghantaran kami jangan risau.. akan ada lagi trip yg seterusnya selepas2 ini. InsyaAllah. Tunggu sahaja pengumuman dari kami. Pengumuman selalunya diwar-warkan di facebook dan instagram sebab mudah untuk kami dapat maklum balas. Tapi insyaAllah kami akan war-warkan juga di blog ini selepas ini. Tetapi... maklum balas haruslah diberi melalui SMS atau Whatsapp ya. Mudah utk kami semak. Talian sms/whatsapp 012-5178544.

Terima kasih.
Salam sayang dari kami,
ECAHABU HOMEMADE DESSERT

No comments: